.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Friday, December 9, 2011

Permainan Wau


Pengenalan
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.


Asal-Usul
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikhserta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layangdi Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang padamasa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang diMalaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataanThailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedahmenggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakannegeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yangmenyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda sertakerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabiladinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama. Negeri yang Mempopularkan Permainan iniialah di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, juga dengan negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau waudimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian iniiaitu wau. Kaum yang Terlibat dalam permainan ini ialah kaum melayu. Majorotinya,kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Disamping itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai contoh,kaum Cina dan India.

Beberapa cerita yang dipercayai adalah asal-usul wau:
  • Dahulu permain ini tiada nama. Dimain oleh kanak-kanak dan di tempat yang berangin. Satu waktu, seorang budak ini menangis “wa,wa,wa,wa…..” kerana talin waunya terputus. Maka terciptalah nama wau.

  • Wau wujud dari semangat padi. Seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa seorang anak perempuan yang cantik lalu mereka menjaganya. Suami itu selalu membawa minuman dan makanan di tempat anaknya bermain di rumah padi. Ini talah membuat isterinya cemburu dan dia memukul anaknya sehingga melarikan diri dan pergi ke angina barat. Setelah berbuat begitu, padi Isteri tidak berbuah. Mengikut nujum, anak itu adalah semangat padi. Dia harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan dan dinaikkan setelah menuai.  

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis Wau Tradisi. Tiga jenis wau yang diangkat sebagai Wau Tradisional Kebangsaan adalah Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau JalaBudi.



Membuat Wau

 

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. 

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga. 


Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa



RPH dan Lampiran Kerja